TAPAH - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendahului dengan majoriti 4,619 undi setakat jam 8 malam.
Proses pengiraan dan penjumlahan undi yang dilakukan menunjukkan 61 daripada keseluruhan 67 saluran telah selesai dikira.
Calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakri memperolehi 10,034 undi diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (5,505 undi) dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), (973 undi).
Keputusan tidak rasmi tersebut dipaparkan di Pusat Gerakan BN di Kampung Haji Tahir di sini.
Keputusan rasmi PRK berkenaan dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seawal 9 malam.
Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 31,281 orang pemilih berdaftar layak membuang undi yang berlangsung pada Sabtu di 19 pusat mengundi ditetapkan.